THE REBAN Forum Index
RegisterSearchFAQMemberlistUsergroupsfChatLog in
Reply to topic Page 1 of 1
Udang Galah Teluk Intan
Author Message
Reply with quote
Post Udang Galah Teluk Intan 
Udang galah atau nama saintifiknya Macrobrachium rosenbergii merupakan sejenis udang air tawar yang tinggi nilainya.Ianya boleh di ternak secara komersial dan boleh jugak hidup secara semulajadi di kawasan-kawasan sungai.

Teluk Intan adalah sebuah kawasan yang agak terkenal dengan keunikkan udang galahnya.terdapat hampir 4 buah kawasan untuk mendaratkan hasil tangkapan terus dari sungai di sekitar pekan Teluk Intan.Udang Galah ini di bahagikan kepada 3 kumpulan ataupun gred bergantung kepada saiz dan jenis udang yang di tangkap.Mengikut pasaran gred A boleh mencecah RM48/kg dan paling rendah adalah RM28/kg.

Kebanyakkan pemancing yang memancing di sekitar kawasan Teluk Intan ini menjual hasil tangkapan mereka kepada peraih-peraih yang menyediakan bekas penyimpanan air tawar yang kemudiaannya di jual secara segar dan hidup kepada pemborong-pemborong yang datang dari Kuala Lumpur dan Ipoh.

Pasaran Udang Galah ini meningkat hampir 50% adalah sewaktu sambutan Tahun Baru Cina.Ketika inilah pemborong-pemborong menaikkan harga dan hampir mececah RM 60 bagi 1 kg udang Galah kategori Gred A.Pasang surut air turut menjadi faktor kuantiti udang galah di pasaran.Menurut salah seorang peraih yang terdapat di jeti Teluk Intan, kaedah belat digunakan untuk mendapat tangkapan yang lebih banyak dan ini bergantung kepada keadaan pasang surut air sungai.


boy,29 tahun seorang peraih udang galah menanti pemancing datang
untuk menjualkan hasil tangkapan mereka


boy memandang dan memastikan udang-udangnya segar dan tidak mati


Si peraih memerhati kumpulan pemancing sedang memilih umpan untuk memancing udang galah



Boy menunjukkan udang galah gred A yang menjadi sumber pendapatan utama perniagaan beliau


kumpulan pemancing yang terdiri daripada golongan separa profesional yang menjalankan hobi memancing sebagai sumber pendapatan


seorang pembeli memandang kepada tempat simpanan udang galah hidup yang di jual oleh pemancing


boy merenung masa depannya sebagai peraih udang yang semakin tidak menentu di sebabkan oleh pasaran semasa dan saingan peraih lain

satu percubaan dan kritikan perlu untuk membantu saya terus naik ke atas..

View user's profile Send private message Yahoo Messenger
Reply with quote
Post  
Salam,
Bagi saya dah occay dah nie, suatu photo essay yang menarik, tahniah. Smile


_________________
my humble gallery
View user's profile Send private message Visit poster's website Yahoo Messenger MSN Messenger
Reply with quote
Post  
yang ok tu udang galah tu kot?he3..sedap time bulan posa nie..he3..

View user's profile Send private message Yahoo Messenger
Display posts from previous:
Reply to topic Page 1 of 1
You can post new topics in this forum
You can reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum
  


Quick Reply:
Username: 

Quote the last message
Attach signature (signatures can be changed in profile)